HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KE-5
Sila klik link di bawah untuk mencetak borang penyertaan:
Sila klik link di bawah untuk mencetak borang penyertaan:
BORANG PEJUANG SASTERA PERAK
BORANG PENCALONAN KATEGORI LAIN
MAKLUMAT HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KALI KE-5
BORANG PENCALONAN KATEGORI LAIN
MAKLUMAT HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KALI KE-5
1. Pengenalan
1.1. Seperti pada
tahun 2014, HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN
5 (HSDR 5) akan diadakan bersempena PULARA 7 pada Disember nanti – 1 hingga 4
Disember 2016. HSDR 5 merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam
memartabatkan karya-karya yang bermutu tinggi yang terhasil sepanjang tahun
2014 – 2015.
1.2. Hadiah-hadiah
penulisan diberikan kepada karya-karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2014 -
2015 sama ada dalam bentuk buku, yang tersiar di majalah atau akhbar dan
skrip drama yang pernah disiarkan di
radio, televisyen atau dipentaskan.
2. Kategori
2.1. HSDR V
meliputi 14 kategori yang melibatkan keseluruhan genre penulisan. Selain daripada itu tiga anugerah juga dibuka
untuk pencalonan, masing-masing Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera
dan Karyawan Sepanjang Hayat. Kategori hadiah seperti di Lampiran “A”.
2.2. Sasterawan Perak Darul Ridzuan akan
menerima wang tunai RM50,000.00, piala iringan dan watikah penghormatan
daripada Kerajaan Negeri Perak.
2.3.
Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan akan menerima wang tunai
RM25,000.00 dan watikah penghormatan
Kerajaan Negeri Perak.
2.4.
Karyawan Sepanjang Hayat akan menerima wang tunai RM15,000.00 dan
watikah penghormatan Kerajaan Negeri Perak.
3. Objektif
3.1. HSDR diwujudkan sebagai
penghargaan dan pengiktirafan kepada para penulis Perak kerana sumbangan yang
diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera. Program ini diharap
dapat mendorong dan menjana kreativiti penulis Perak agar lebih produktif dan
mencipta karya sastera yang lebih berkualiti sebagai khazanah persuratan
bangsa. Secara rincinya, matlamat program ialah;
o Meneliti dan menilai perkembangan kesusasteraan di Negeri Perak
o Menjadi ukuran terpenting untuk memantau prestasi penulis-penulis Perak
o Menjadi dorongan kepada para penulis untuk menghasilkan karya yang lebih
berkualiti
o Mendapatkan hasil karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa
Melayu
o Menggalakkan para penggiat sastera dan persuratan untuk berusaha lebih giat
lagi dalam pengembangan bahasa dan sastera di Perak
o Memberi penghargaan
kepada para penulis Perak yang telah menghasilkan karya-karya bermutu tinggi.
4.
Panel Hakim
4.1. Sebuah Panel Hakim yang terdiri daripada
tokoh-tokoh dan mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing akan dilantik
bagi menilai karya-karya.
5. Kelayakan
5.1. Penyertaan terbuka bagi penulis
seperti di bawah;
5.1.2 Warganegara Malaysia rakyat negeri Perak yang
berkarya di negeri Perak, di luar negeri Perak atau luar negara, atau
5.1.3 Warganegara Malaysia yang telah bermastautin
di Perak sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih
5.2. Karya-karya mestilah asli,
bukan terjemahan, saduran, penyesuaian atau apa jua pengertian yang boleh
menyebabkan karya itu tidak asli.
6. Borang
Pencalonan dan Borang Penyertaan
6.1. Pencalonan untuk anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera dan Karyawan Sepanjang Hayat serta
penyertaan lain-lain kategori dibuka mulai sekarang dengan mengisi Borang Pencalonan dan Borang Penyertaan yang boleh dimuat
turun daripada Kampung Karyawan Malim (facebook). Semua borang pencalonan dan borang penyertaan
harus sampai ke Sekretariat HSDR 5 pada atau sebelum 17 Oktober 2016.
Alamat Sekretariat HSDR 5:
SEKERARIAT HADIAH SASTERA
DARUL RIDZUAN 5
d/a Kampung Karyawan Malim
Lembah Gunung Tempurung
Batu 16½ Jalan
Kampar
31600 Gopeng
PERAK DARUL
RIDZUAN
7. Penyampaian
Hadiah
7.1. Penyampaian HSDR 5 akan diadakan pada malam1
Disember 2016 di Arena Pangkor. Sempena
PULARA 7 juga, satu seminar tentang bahasa dan persuratan Melayu akan diadakan
pada 2 dan 3 Disember 2016. Ia akan
disertai oleh pakar-pakar bahasa dan persuratan Melayu dari dalam dan luar
negara.
Kategori Hadiah
Hadiah-hadiah penulisan diberikan untuk karya-karya yang
diterbitkan sepanjang tahun 2014 - 2015 sama ada dalam bentuk buku, atau yang
tersiar di majalah atau akhbar dan skrip
drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan.
Kategori A (karya perseorangan dalam bentuk buku)
Bil.
|
Keterangan
|
1.
|
Kumpulan Puisi
|
2.
|
Kumpulan Cerpen
|
3.
|
Novel Dewasa
|
4.
|
Novel Remaja
|
5.
|
Novel Kanak-kanak
|
6.
|
Buku Kajian Sastera
|
7.
|
Biografi
|
8.
|
Autobiografi
|
9.
|
Memoir
|
10.
|
Buku Sastera (umum)
|
11.
|
Skrip Drama Radio
|
12.
|
Skrip Drama Pentas
|
13.
|
Skrip Drama TV
|
Kategori B
(Eceran)
Bil.
|
Keterangan
|
1.
|
Puisi (5 hadiah)
|
2.
|
Cerpen (5 hadiah)
|
3.
|
Esei Kritikan Sastera
|
4.
|
Skrip Drama Radio
|
5.
|
Skrip Drama Pentas
|
6.
|
Skrip Drama TV
|
7.
|
Rencana Sastera (2 Hadiah)
|